Rabu, 10 Agustus 2011

MAKNA TAQWA DAN ORANG YANG BENAR2 BERTAQWA

Para Ulama berbeza pendapat mengenai taqwa dan tentang rang yang benar2 bertaqwa.



Didalam kitab Al-Ghunyah Li Talibi Tariqil Haqq, setelah mengemukakan berbagai pendapat Ulama2 dahulu, Ghawthul A’zham, Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani رضي الله عنه, menyimpulkan bahawa :



“Taqwa” adalah tempat berkumpul semua sifat2 kebaikan. Dan Taqwa yang benar adalah mempertahankan diri untuk mentaati Allah yang Maha Perkasa Lagi Maha Mulia.”





Beberapa pendapat Sahabat dan Ulama2 Mu’tabar yang turut di nukil oleh Imam Jailani رضي الله عنه didalam kitab tersebut berkenaan Pengertian Taqwa:





Ibnu Abbas رضي الله عنه berkata :

“Orang bertaqwa adalah yang takut terjerumus dalam syirik, dosa besar dan perbuatan keji.”





Abdullah Ibnu Mas’ud رضي الله عنه berkata :

…..ketika menafsirkan firman Allah surat Ali Imran ayat 102, “Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah sebenar-benar taqwa kepada-Nya.” Beliau mengatakan, : “Hendaklah Dia (Allah) ditaati dan tidak dimaksiati, diingat serta tidak dilupakan, disyukuri dan tidak diingkari.”





Ibnu Umar رضي الله عنه berkata :

“ Taqwa adalah melihat diri sendiri tidak lebih dari orang lain.”





Imam Hassan رضي الله عنه berkata :

“Taqwa adalah orang yang mengatakan kepada setiap orang yang dia lihat, “dia lebih baik dariku.”





Sayyidina Umar Al-Khattab رضي الله عنه berkata kepada Ka’ab al-Akhbar رضي الله عنه,

“ beritahu kepadaku tentang taqwa. Beliau berkata, “Apakah engkau pernah melalui jalan yang berduri?” “ya” jawab Umar. “kemudian apa yang engkau lakukan?” Umar menjawab, “aku akan menghindari dan menjauhinya” Ka’ab pun berkata, “ Itulah taqwa”





Shaikh Bakr Bin Abdullah رضي الله عنه berkata :

“Seseorang tidak disebut bertaqwa sampai dia benar2 taqiyyah (bersikap hati2—pent) dalam makanan dan kemarahan.”





Shaikh Sufyan Ats-Tsauri رضي الله عنه berkata :

“Orang yang bertaqwa adalah orang yang mencintai kecintaan orang lain seperti mencintai kecintaan sendiri.”





Shaikh Al-Junaid bin Muhammad رضي الله عنه berkata :

“Orang yang bertaqwa adalah orang yang mencintai kecintaan orang lain lebih daripada mencintai kecintaan diri sendiri.”





Shaikh Sirri Saqthi رضي الله عنه berkata :

“Orang yang bertaqwa adalah orang membenci diri sendiri” (membenci segala maksiat, kejahatan dan kelalaian diri - pent)





Shaikh Muhammad bin Khafif رضي الله عنه berkata :

“Taqwa adalah menghindari segala sesuatu yang menjauhkan engkau dari Allah”





Shaikh Abu Yazid Al-Bustami رضي الله عنه berkata :

“Orang bertaqwa adalah orang yang menjauhi segala yang syubhat.”





Ibnu Athiyyah رضي الله عنه berkata :

“Orang yang bertaqwa boleh diketahui dari keadaan lahiriah dan batiniahnya. Keadaan lahiriah dengan selalu memelihara hukum2 Allah dan batiniahnya selalu berniat dan melakukan segala hal dengan tulus dan ikhlas.”



(disini tamat petikan kitab)







Daripada semua pendapat2 diatas kita dapat menarik kesimpulan bahawa Taqwa adalah himpunan segala kebaikan yang dituntut oleh Allah iaitu:



i) Membersihkan hati dari segala macam syirik.

ii) Membersihkan hati dari segala sifat mazmumah – ria’, takkabbur, ‘ujub, hubbun-dunya (kasih kepada dunia), hasad, bakhil dll

iii) Menghiasi diri dengan segala sifat kepujian – ikhlas, sabar, syukur, khauf (takut), roja’ (harap), tawakkal, redha dan lainya.

iv) Mengerjakan segala perintah Allah yang wajib dan banyakkan amalan sunnat.

v) Meninggalkan segala yang haram, syubhat, makruh.

vi) Mengurangi pada segala yang diharuskan atau dihalalkan atau tidak berlebihan padanya melainkan mengambil sekadar keperluan hidup.

vii) Meninggalkan segala sesuatu yang menjauhkan ingatan pada Allah.





Kadar seseorang dapat melakukan semua perkara diatas adalah ukuran bagi ketaqwaan dan kehampirannya di sisi Allah Ta’ala. Jika seseorang dapat melakukan semua perkara tersebut tanpa sedikitpun kecuaian, maka mereka itulah yang paling bertaqwa dan paling mulia di sisi Allah. Sebagaimana ketegasan Allah didalam KalimatNya yang suci :





Firman Allah :

إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عَندَ اللَّهِ أَتْقَـكُمْ



“….Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa diantara kalian…” [alHujurat (49) : 13]



Maka sudah tentunya mereka2 yang dapat berbuat demikian adalah manusia2 pilihan Allah dari kalangan Rasul2, Nabi2 dan Aulia Allah. Dengan demikian orang2 yang paling bertaqwa dan paling mulia di sisi Allah adalah Rasul2, Nabi2 dan Aulia Allah.! Kemudian kurang sedikit daripada itu adalah mereka2 yang Mu’minin dan Solihin.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar